Maklumat terkini


Sebarang pertanyaan berkaitan Karnival ICT Sabak Bernam,
boleh hubungi En. Zaidil di talian 019-3326167
atau Pn. Wan Maizatul Akhmar di talian 019-3269869

Thursday, October 7, 2010

Pertandingan Mewarna


*Sila klik pada gambar untuk dapatkan paparan lebih jelas

TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Tema

1.1 Tema pertandingan ini adalah “1 Malaysia” tetapi tertakluk kepada syarat-syarat
      pertandingan yang telah ditetapkan.

2. Hadiah

2.1 Hadiah-hadiah utama hanya diperuntukkan untuk tiga (3) tempat terbaik dan
      sepuluh (10) saguhati.
2.2 Kesemua peserta yang mengambil bahagian akan menerima sijil penyertaan.
2.3 Keputusan hakim adalah muktamad.

3. Syarat-syarat Pertandingan

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid pra sekolah di daerah Sabak Bernam,
      Selangor.
3.2 Penyertaan adalah secara individu dan setiap sekolah hanya dibenarkan
      menghantar tidak melebihi lima (5) peserta sahaja.
3.3 Peralatan seperti pensel warna dan crayon sahaja dibenarkan.
3.4 Setiap peserta dikehendaki membawa alat mewarna sendiri. Kelengkapan
      melukis yang lain seperti pengalas dan sebagainya perlu disediakan sendiri
      oleh peserta.
3.5 Lukisan akan disediakan oleh pihak penganjur.
3.6 Masa mewarna adalah selama 2 jam.
3.7 BORANG PENYERTAAN harus dihantar selewat-lewatnya pada 25 OKTOBER
      2010 kepada Pn.Rohani Bt. Marjuki (Unit Akademik PPD Sabak Bernam).
3.8 Pertandingan berlangsung pada 30 OKTOBER 2010 jam 9.00 pagi di Dewan Sri
      Bernam Sg Besar. Peserta hendaklah datang 30 minit sebelum pertandingan untuk
      semakan pendaftaran dan persediaan.

4. Penganjuran dan Penghakiman

4.1 Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya
      perlu tanpa memaklumkan kepada peserta. Keputusan hakim adalah muktamad
      dan sebarang bantahan tidak akan diambil kira.
4.2 Semua penyertaan akan dinilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Pada
      dasarnya, kriteria pemilihan persembahan mewarna adalah bergantung 100%
      kepada sistem penghakiman.

5.Tuntutan

Semua kos perjalanan, makan dan minum ditanggung oleh pihak sekolah peserta.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails