Maklumat terkini


Sebarang pertanyaan berkaitan Karnival ICT Sabak Bernam,
boleh hubungi En. Zaidil di talian 019-3326167
atau Pn. Wan Maizatul Akhmar di talian 019-3269869

Thursday, October 7, 2010

Mini CyberFusion

*Sila klik pada gambar untuk dapatkan paparan lebih jelas


TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan

1.1   Pertandingan ini adalah berdasarkan kepada konsep Parti LAN bagi permainan
        komputer secara rangkaian dan permainan digital PS2 tetapi tertakluk kepada
        syarat- syarat pertandingan yang telah ditetapkan.

1.2  Sistem pertandingan ialah mengikut ‘KALAH-MATI’ .Contoh berdasarkan Rajah 1 di bawah :
1.3  Masa untuk setiap perlawanan 10 minit.
2. Hadiah
 
2.1   Hadiah-hadiah utama hanya diperuntukkan untuk empat (4) tempat terbaik.
2.2   Kesemua peserta yang layak ke separuh akhir akan akan menerima sijil
        penyertaan.
2.3   Keputusan hakim adalah muktamad.

3. Syarat-syarat Pertandingan
 
3.1   Pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah di daerah
        Sabak Bernam Selangor.
3.2   Penyertaan terbuka kepada semua sekolah. Setiap sekolah hanya dibenarkan
        menghantar megikut kategori seperti berikut :
                  Individu    – Tidak melebihi 5 orang peserta
                  Kumpulan – Tidak melebihi 5 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 4
                                      orang peserta
3.3   Setiap penyertaan hanya dibenarkan SEKALI sahaja untuk menyertai
        pertandingan ini.
3.4   Peserta dibenarkan untuk membawa gaming keyboards, gaming mouse dan
        gaming mouse pad mereka sendiri.
3.5   Peserta diharap dapat memupuk sifat sporting dan fair play terhadap pihak
        lawan.
3.6   Setiap pasukan haruslah mempunyai seorang KETUA untuk memimpin pasukan
        dan berinteraksi dengan hakim. Peranan ketua adalah mengatur pasukan dan
        memastikan setiap ahli yang berada di dalam pasukan mematuhi peraturan yang
        telah ditetapkan.
3.7   BORANG PENYERTAAN harus dihantar selewat-lewatnya pada 22 OKTOBER
        2010 kepada kepada Pn.Rohani Bt. Marjuki (Unit Akademik PPD Sabak
        Bernam. Setiap pasukan hanya layak untuk satu hadiah sahaja.
3.8   Hanya 64 penyertaan terawal (invidu dan kumpulan) sahaja layak menyertai.
3.9   Jadual pertandingan akan diedarkan ke sekolah-sekolah peserta pada 26 OKTOBER
        2010
3.10 Pertandingan bermula dari 29 0KTOBER sehingga 31 OKTOBER 2010,peserta
        hendaklah hadir 30 minit lebih awal dari masa yang telah ditatapkan mengikut
        jadual yang akan dikeluarkan nanti bagi semakan pendaftaran dan persiapan.

4. Penganjuran dan Penghakiman

4.1   Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya
        perlu tanpa memaklumkan kepada peserta. Keputusan hakim adalah muktamad
        dan sebarang bantahan tidak akan diambil kira.
4.2   Pihak penganjur tidak bertanggung jawab ke atas barang atau harta benda yang
        hilang, dicuri atau rosak dan / atau atas segala kerosakan tubuh, kebetulan atau
        sengaja untuk peserta selama pertandingan diadakan.

5. Tuntutan

Semua kos perjalanan, makan dan minum ditanggung oleh pihak sekolah peserta.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails