Maklumat terkini


Sebarang pertanyaan berkaitan Karnival ICT Sabak Bernam,
boleh hubungi En. Zaidil di talian 019-3326167
atau Pn. Wan Maizatul Akhmar di talian 019-3269869

Sunday, August 29, 2010

Pengenalan Program

Program Fasilitator Schoolnet sekolah-sekolah daerah Sabak Bernam Selangor ingin mengadakan IT Exhibition buat julung kalinya di daerah ini dengan kerjasama dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Suruhanjaya Kominikasi Multimedia Malaysia, Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam, dan Pusat Kegiatan Guru. Ianya terbuka khusus kepada sekolah-sekolah yang terlibat dan yang berminat untuk menyertainya. Karnival ini juga mengalu-alukan penglibatan ibu bapa dan komuniti setempat.

Program ini dianjurkan sebagai menyahut seruan kerajaan yang ingin merapatkan jurang digital di antara komuniti luar bandar dengan komuniti di bandar di samping menyahut saranan Perdana Menteri mengenai konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Dengan terlaksananya program ini, diharap akan dapat memberi manfaat dan meningkatkan ilmu pengetahuan kepada semua pelajar guru dan komuniti yang hadir berkenaan bidang ICT.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails