Maklumat terkini


Sebarang pertanyaan berkaitan Karnival ICT Sabak Bernam,
boleh hubungi En. Zaidil di talian 019-3326167
atau Pn. Wan Maizatul Akhmar di talian 019-3269869

Wednesday, September 29, 2010

Pertandingan Peringkat Daerah-Video


*Sila klik pada gambar untuk dapatkan paparan lebih jelas

TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
 
1. Tema
 
1.1 Tema Pertandingan Klip Video berkonsepkan 1 Malaysia. Tajuk yang ditetapkan
“1 MALAYSIA” dan tertakluk kepada syarat-syarat pertandingan yang telah
ditetapkan.

2. Hadiah
 
2.1 Hadiah-hadiah utama hanya diperuntukkan untuk tiga (3) tempat terbaik dan dua
      (2) saguhati.
2.2 Kesemua peserta yang mengambil bahagian akan menerima sijil penyertaan.
2.3 Keputusan hakim adalah muktamad.

3. Syarat-syarat Pertandingan

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada guru-guru dari sekolah-sekolah di daerah Sabak
      Bernam Selangor.
3.2 Penyertaan mestilah secara berpasukan.
3.3 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar tidak melebihi lima pasukan dan
      setiap pasukan mesti diwakili oleh 2 orang peserta.
3.4 Klip Video harus dihantar dalam bentuk DVD/CD dan berlabel,
      beserta Nama,Alamat Sekolah dan Tajuk klip video. Borang Penyertaan dan Klip
      Video dihantar selewat-lewatnya pada 25 OKTOBER 2010 kepada Pn.Rohani
      Bt. Marjuki (Unit Akademik PPD Sabak Bernam).
3.5 Penghakiman berlangsung pada 29 OKTOBER 2010 jam 9.00 pagi di dewan Sri
      Bernam Sg Besar. Peserta hendaklah datang 30 minit sebelum pertandingan untuk
      semakan pendaftaran dan persediaan
3.6 Semua hasil penyertaan mesti asli dan karya sendiri. Setiap pasukan hanya layak
      untuk satu hadiah sahaja

4. Hakcipta dan Isi Kandungan

4.1 Setiap persembahan klip video yang dibangunkan mestilah menggunakan elemen
      multimedia seperti video, teks, audio dan animasi. Format video yang digunakan
      DVD dan DV. Jenis format video yang dicadangkan MPEG2. Saiz video adalah
      720 x 576 pixels ( PAL ).
4.2 Jangkamasa persembahan video adalah melebihi 5 minit dan tidak kurang 6
      minit. Sebarang plugins yang diperlukan mestilah dinyatakan dan mendapat
      kebenaran pihak ketiga contohnya RealPlayer, Flash Viewer dan sebagainya.
      Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas lesen aplikasi pihak ketiga.
4.3 Para peserta boleh menggunakan kebijaksanaan, kreativiti dan imaginasi masingmasing
      termasuklah mendapatkan khidmat nasihat pakar bagi membangunkan
      persembahan mereka tertakluk dalam batasan syarat-syarat pertandingan.
4.4 Semua hasil kerja hendaklah berdasarkan reka bentuk asli dan bebas daripada
      pornografi, perkauman, kebencian, kesalahan undang-undang, politik atau isi
      kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia. Sekiranya bahan hakcipta
      terpelihara digunakan, keizinan mestilah diperolehi dahulu daripada si
      pemiliknya.
4.5 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bahan
      penyertaan peserta yang melanggar dan menyalahi hakcipta, patent, harta
      intelektual dan seumpamanya.
4.6 Hakcipta semua kerja adalah hakmilik PPD dan PKG. Pihak penganjur
      berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.
4.7 Setiap persembahan klip video yang dihasilkan mestilah disertakan bersama
      skrip video ringkas yang ada ciri-ciri seperti berikut:
      i.   Logo Sekolah
      ii.  Montaj
      iii.  Intro tajuk
      iv. Isi kandungan
      v.  Kredit

5. Penganjuran dan Penghakiman

5.1 Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya
      perlu tanpa memaklumkan kepada peserta. Keputusan hakim adalah muktamad
     dan sebarang bantahan tidak akan diambil kira.
5.2 Semua penyertaan akan dinilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Pada
      dasarnya, kriteria pemilihan persembahan Klip video adalah bergantung 100%
      kepada sistem penghakiman.

6. Tuntutan

Semua kos perjalanan, makan dan minum ditanggung oleh pihak sekolah peserta.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails