*Sila klik pada gambar untuk dapatkan paparan lebih jelas
TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Tema
1.1 Pertandinagan ICT Explorace ini adalah berkonsepkan kerjasama berpasukan
mengenalpasti ‘check-point’ yang telah ditetapkan tetapi tertakluk kepada syaratsyarat
pertandingan yang telah ditetapkan.
2. Hadiah
2.1 Hadiah-hadiah utama hanya diperuntukkan untuk tiga (3) tempat terbaik dan dua
(2) tempat saguhati untuk para pemenang..
2.2 Kesemua peserta yang mengambil bahagian akan menerima sijil penyertaan.
2.3 Keputusan hakim adalah muktamad.
3. Syarat-syarat Pertandingan
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada pelajar TINGKATAN 4 dari sekolah-sekolah
menengah di daerah Sabak Bernam Selangor.
3.2 Penyertaan mestilah secara berpasukan.
3.3 Setiap sekolah boleh menghantar maksima dua (2) pasukan dan sekolah
PELAKSANA ICT WAJIB menghantar sekurang-kurangnya satu pasukan dan
setiap pasukan mestilah diwakili tidak melebihi empat (4) orang sahaja.
3.4 Para peserta juga bebas memilih ahli pasukan sendiri dan tidak tertakluk kepada
rakan sekelas sahaja.
3.6 BORANG PENYERTAAN harus dihantar selewat-lewatnya pada 22 OKTOBER
2010 kepada Pn.Rohani Bt. Marjuki (Unit Akademik PPD Sabak Bernam. Setiap
pasukan hanya layak untuk satu hadiah sahaja.
3.7 Hanya 20 penyertaan terawal (kumpulan) sahaja layak menyertai.
3.8 Senarai penyertaan yang layak diedarkan ke sekolah-sekolah peserta pada 26
OKTOBER 2010
3.8 Pertandingan akan berlangsung pada 30 OKTOBER 2010 jam 9.00 pagi di
Dewan Sri Bernam Sg Besar. Peserta hendaklah datang 30 minit sebelum
pertandingan untuk semakan pendaftaran dan persediaan
Dewan Sri Bernam Sg Besar. Peserta hendaklah datang 30 minit sebelum
pertandingan untuk semakan pendaftaran dan persediaan
4. Isi Kandungan
4.1. Peserta di kehendaki membawa keperluan seperti alat tulis dan kamera (kamera
digital atau telefon mudahalih)
5. Penganjuran dan Penghakiman
5.1 Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya
perlu tanpa memaklumkan kepada peserta. Keputusan hakim adalah muktamad
dan sebarang bantahan tidak akan diambil kira.
5.2 Semua penyertaan akan dinilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Pada
dasarnya, kriteria pemilihan pemenang adalah bergantung 100% kepada
kepantasan dan ketepatan menyelesaikan semua arahan dengan sempurna.
6. Tuntutan
Semua kos perjalanan, makan dan minum ditanggung oleh pihak sekolah peserta.
No comments:
Post a Comment